Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas, Pulau Pinang yang baharu dibuka kepada umum sejak 15 Disember lepas diarah tutup buat sementara waktu bermula Rabu.
Arahan penutupan itu dibuat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air.